Selasa, 9 Jun 2009

kisah di asrama lelaki


  • Bercerita tentang kisah di asrama,hanya mereka yg pernah tinggal dan melalui pengalaman di asrama sahaja tahu apa yang terjadi.Isu yang paling banyak diperkatakan sekarang ialah tentang gejala buli.Walaupun begitu masalah buli telah mendapat perhatian yang meluas oleh semua pihak dan berbagai tindakan dan rancangan untuk mengatasi gejala ini telah sedang dijalankan.

    Sebenarnya ada satu lagi masalah besar di asrama yg kurang mendapat perhatian ialah gejala hubungan sejenis.Kenapa gejala ini kurang mendapat perhatian walaupun ianya umpama barah yang merosakkan sahsiah diri cerdik pandai yang tinggal di asrama jauh daripada ibubapa,adik beradik dan saudara mara.

    Gejala hubungan sejenis ini banyak berlaku dikalangan pelajar lelaki dan amat kuarng diceritakan secara terbuka.Hanya mereka yang terlibat atau nampak kejadian ini sahaja yang tahu.Sementara itu mereka yang terpaksa melakukannya pula takut dan malu melaporkan kepada warden atau pengetua.

    Secara kasarnya ada beberapa cara perkara ini bermula;

    1)
    Pelajar senior yang mengambil junior sebagai adik angkat atau dikenali juga sebagai
    jambu dan melayan adik angkat ini dengan baik.Sudah tentu pelajar junior ini rasa seronok ada senior yang mengambil berat tantang diri di asrama lebih2 lagi jauh dari
    keluarga.Bila senior ini mula ajak tidur bersama dan memujuk melakukan hubungan
    sejenis,junior ini terpaksa menyerah sahaja kerana keliru dan serba salah.


    2) Terdpat juga senior yang mengambil kesempatan kepada junior dan melakukan
    secara paksa.Junior ini akan diugut jika melaporkan perkara ini kepada pihak
    sekolah.Junior ini terpaksa menyerah sahaja kerana takut.

    3) Ada juga buat secara sorok2.Mereka ini akan mencari kawan atau junior biasanya di
    dalam dorm yg sama yg tidur mati atau terlalu penat.Di tengah2 malam pelajar ini
    akan bangun dan dgn berhati2 akan meraba dan/atau menghisap kemaluan pelajar
    yang tidur mati ini.


    4) Terdapat juga yg suka sama suka dan biasanya terjadi hubungan sejenis ini tidak
    dirancang.Biasanya bermula dgn berkawan baik,semakin hari semakin rapat dan
    tanpa disedari timbul rasa sayang serta nafsu lalu terjebaklah dalam hubungan
    sejenis.


    5) ada juga yang suka sama suka tapi tidak berkawan baik tetapi bermula dengan
    tidak sengaja.Biasanya bermula bila selalu tidur berdua di atas katil bujang yang
    hanya sesuai untuk seorang.Walaupun memang tidak ada niat untuk melakukannya
    tetapi keadaan telah mendorong nafsu songsang untuk menguasai diri.


    Di dalam buku Petaka Abad ke 21 oleh Wan Azmi Ramli yang boleh diperolehi di Perpustakaan Negara Malaysia(361.109595 WAN D)ada menyebut tentang gejala hubungan sejenis ini.Di dalam buku tersebut ada menyentuh tentang gejala ini di sekolah berasrama penuh.Malah ada dinyatakan bila dirujuk kepada pihak kementerian,mereka menjawab perkara ini tidak wujud dan kalau adapun adalah pengalaman peribadi masing2.Menurut pihak kementerian lagi sekolah berasrama penuh mempunyai diplin yg ketat dan aktiviti sosial dan keagamaan yg dpt mencegah berlaku perkara seumpama ini.

    Masalahnya kenapa menafikan terus??sedangkan hakikatnya gejala ini memang wujud tetapi umpama barah yang tidak disedari kewujudannya pada peringkat awal.Malah di internet pun ada banyak laman web dan blog yang bercerita tentang gejala ini amat berleluasa di sekolah berasrama penuh.

    Sememang agak susah untuk mengenal pasti mereka yang terlibat kerana kebanyakkan menyimpannya sebagai rahsia peribadi.Kebanyakkan mereka juga berperwatakan seperti lelaki biasa tanpa ada tanda2 terlibat dalam gejala ini.Cuma mungkin ada yang menunding jari kepada mereka yang berperwatakan lembut yang terlibat.Selagi tiada kajian yang terperinci yang dibuat,tiada siapa yang tahu betapa teruknya barah ini.

    Disamping di asrama sekolah,di asrama institut pengajian tinggi juga pasti ada gejala ini.Malah mereka yang tidak pernah tinggal di asrama pun ada terlibat dengan gejala ini.Jadi bagaimanakah untuk mengatasi barah yang semakin parah menular di kalangan mereka yang terpilih dan cerdik ini?

    Sebagai permulaan semua pihak mesti mengakui kewujudan gejala di sekolah berasrama.Selepas itu satu pelan tindakan bolehlah dirancang untuk mencegah dan mengubati penyakit jiwa ini.Pihak sekolah dalam aktiviti keagamaan perlu menekankan tentang hubungan seks sejenis adalah haram dan terdedah kepada HIV Aids.Jangan hanya fokus kepada hubungan haram antara lelaki dan perempuan.Pihak sekolah juga patut melarang pelajar tidur satu katil/tilam berdua kerana walaupun tanpa niat,perbuatan ini boleh memutikkan hubungan sejenis.Bagi pelajar yang dikenalpasti terlibat dengan gejala ini,sessi kaunseling dan nasihat dari segi agama perlu diberi kepada mereka.

    Insyaalah dengan kesungguhan semua pihak gejala dapat dikurangkan dan kemudian dihapuskan terus.

6 ulasan:

  1. bro..
    knalan juh! hahhaha
    ur blog so nice... i like!

    BalasPadam
  2. sangat hebat...

    BalasPadam
  3. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

    BalasPadam
  4. Salam Dari kami Warga Kerja http://www.firestartingautomobil.blogspot.com/

    kepada semua
    Keluarga, saudara mara, sahabat handai, rakan niaga,
    pelanggan dan pengunjung blog ini.

    Salam kenalan dari kami … kami sedang baca older post blog entry anda…ape pun kami tetap akan menziarahi blog kamu sebagai tanda nilai satu persahabatan yang terjalin … salam sebuah persahabatan…. Kami amat menghargainya…..

    BalasPadam
  5. :Mungkin pengalaman ini yang akan merubah segala kehidupan..pernahkah kita terfikir...mengapa benda nih terjadi??...adakah takdir..??
    tepuk dada tanyalah selera...mungkin terlalu formal untuk dikongsi...but for me its natural..beauty for life...make ur life *simple~

    BalasPadam